Saturday, July 3, 2010

Cantik Itu Subjektif

Hampir setiap wanita di dunia ini ingin tampil cantik dan menarik. Tak kiralah sama ada untuk tatapan umum, kepuasan diri sendiri,atau sebagai daya penarik kepada setiap mata yang memandang. Tapi cantik tidak boleh diukur sama sekali melalui luaran sahaja, hakikatnya itulah yang bermain difikiran kita apabila kita mendengar perkataan cantik. Kita menggambarkan potongan badan gadis yang sederhana kurus,kulitnya licin halus mulus,mata yang bulat, bulu mata yang lebat dan melentik, bibir yang seksi dan mungil atau apa-apa sahajalah yang anda rasakan seseorang itu cantik. Kecantikan seseorang itu melalui rupa paras merupakan satu anugerah Ilahi kepada kita. Tapi anugerah itu juga sebenarnya menjadi satu ujian dalam hidup seseorang yang bergelar cantik. Ya,saya ingatkan sekali lagi Cantik Itu Ujian. Malah jika kita tidak berhati-hati dengan ujian ini, cantik juga boleh bertukar menjadi musibah.Bagaimana yang dinamakan canatik boleh bertukar menjadi musibah? cubalah anda fikirkan..



Oleh kerana saya katakan tadi cantik itu subjektif maka, kita lihat pula kecantikan dalaman. Misalnya apa? seperti lelaki yang mendambakan gadis untuk dijadikan suri dalam hidupnya, mak mertua yang menginginkan menantu yang baik pekertinya. Ya itulah kecantikan yang perlu anda cari dan anda mesti dapat. Berilah cahaya pada muka dengan air wudhu',basahkan dan merahkan bibir dengan alunan zikir kepadaNya. Kecantikan ini pasti akan dipandang mulia olehNya. Setiap daripada kita berhak untuk memiliki kecantikan itu,jadi siapalah kita untuk mengatakan bahawa diri kita tidak cantik.Semuanya terletak di hati dan percayalah pada diri sendiri.

No comments:

Post a Comment