Friday, July 2, 2010

Bukan Setakat Diari

Di awal-awal kemunculan menghasilkan blog ini tidak berani rasanya dijadikan bahan bacaan untuk tatapan umum. Tapi berlandaskan niat apa saya menulisnya dan jika untuk dibaca oleh orang ramai, biarlah ianya membawa manfaat kepada pembaca budiman sekalian. Apa yang kita rasa ini, tidak boleh selamanya terpendam di dalam hati kelak akan meletus juga suatu hari nanti.



Apa salahnya jika kita menggerakkan jari jemari kita menulis, sekurang-kurangnya setiap pengalaman dan ilmu dapat berkongsi. Tak pun sekadar merehatkan minda kita dengan cara menulis. Ada manusia dengan cara menulis dia mendapat kepuasan dalam detik-detik hidupnya. Membaca semula apa yang ditulis boleh tersenyum sendiri pulak tu. Masih baru dalam penulisan ini tapi sentiasa menghasilkan pembaharuan dalam diri sendiri.Blog yang dihasilkan ini diharap bukan sekadar diary tetapi terapi untuk menenangkan jiwa,meluahkan rasa dan melontarkan idea. Tidak salah rasanya kalau kita mencubakan? Biasakan yang betul dan betulkan yang biasa.

No comments:

Post a Comment