Dan aku biarkan perkara itu berlalu. Jika mereka tahu,
biarkan sahaja mereka tahu. Hakikat manusia seperti itu. Pengajaranlah yang
bisa buat mereka tersedar.
Nada kecewa
Mana mungkin aku
hanya berdiam
Hak diambil orang
Keringat dicabul
Tanpa segan yakinnya
dia meluahkan perjuangan di pentas
Mana adab dan
hormatnya
Meluah yang bukan
miliknya
Dunia kini…
Yang penting nama
Yang dipandang hasil
bukan usaha
Dan mereka yang
berusaha dinafikan haknya
Hasilnya ditelan bagi
mereka yang bijak
Sejauh mana
keselesaannya
Sekuat mana kejayaannya
Mungkin kau tak sedar
Maka kau akan
diingatkan dengan peristiwa
Tunggu saat dan
masanya
*Jika kau ingin nama ambillah, tapi sila ambil dengan cara tehormat.

No comments:
Post a Comment