Antara kita…hanya
Dia dan kita yang tahu. Banyak yang kita perlu tahu dan sememangnya Dia serba
tahu. Aku menunggu seperti mana kau berusaha mencapai mampu. Kadang-kala
perkara ini semakin sakit dan merumitkan. Kau pertaruhkan sifat sabar dan aku
sentiasa diuji dengan sifat setia.
Ku rasa hubungan
ini semakin parah. Aku lebih suka untuk mendiamkan diri. Mungkin ada sesuatu
yang dicari-cari. Beberapa bulan lamanya kita menyepi. Ya, kadang-kala menyepi
itu perlu untuk aku dan kamu. Supaya dapat sama-sama bermuhasabah diri. Rindu
semakin memuncak. Hubungan ini masih hanya kita yang tahu. Hakikatnya hubungan
ini tidak pernah disambung dan diiktiraf sebagai pasangan kekasih sejak setahun
yang lalu. Aku selesa begini. Kau memahami apa yang kita sedang alami. Betapa
peritnya sebuah penantian. Aku dan kamu masih berpegang pada sifat sabar dan
setia.
Doa mereka
mengiringi kita. Kau berusaha menjaga hubungan ini walaupun aku sering dilanda ketakutan dan
kekhilafan. Kadang-kala aku sudah berhenti berharap. Kau datang meniupkan
semangat. Kerana kau dan aku bermula dengan jiwa sahabat, teman yang rapat dan
bukannya bermula dengan cerita cinta yang hebat.
#semoga Allah
meredhai hubungan ini.
amin :)
ReplyDeletethanks ajaaa..=)
ReplyDelete