Sifat malu itu perlu dikekalkan. Tampil berani juga harus untuk sesuatu kejayaan. Malu itu cabang iman. Sifat berani pula merupakan salah satu sifat Rasulullah. Letaklah rasa malu di tempat yang sepatutnya. Malulah dalam kebanyakan hal, namun dalam bab ilmu, menyatakan kebenaran dan mengejar ganjaran untuk berbuat kebaikan jangan pula malu menghalangi diri kita. Di sinilah pula perlunya sifat berani Namun, sifat malu tidak boleh juga dibuang apabila membuat ketiga-tiga perkara kebaikan tersebut. Ini kerana malu akan menjadi sempadan diri agar tidak melampaui batas, walaupun dalam hal membuat kebaikan. Letakkanlah sifat malu pada tempat yang sepatutnya dan milikilah sifat berani untuk mencapai kejayaan dan redhaNya.
Namun, aku dikurniakan sifat malu yang agak tinggi, tapi mencuba untuk tampil sedikit berani dengan perkara-perkara yang mendatangkan kebaikan. Sedang mencuba untuk perbaiki diri. Semoga usaha dipermudahkan dengan bantuanNya. InsyaAllah..
No comments:
Post a Comment