Friday, May 13, 2011

Kerana kita hawa yang penuh nafsu

Saya  akui tajuk ini Kerana Kita Hawa Yang Penuh Nafsu ’. Saya golongan ini dan saya kenal  kaum  ini. Nafsunya banyak dan bercabang-cabang. Tidak seperti lelaki punya satu nafsu yang itu…..

yang mane??

Alaah yg ituulah..buat2 tak tahu konon.

Manusia merupakan sebaik-baik kejadian Allah S.W.T di muka bumi ini. Dipertanggungjawabkan sebagai khalifah Allah di bumi yang indah ini. Memegang amanah yg sangat berat tapi kene buat jugak amanah tu.

Sekadar ulangan mcmlah tak pernah dengar mase belajar subjek tamadun islam ke agama islam ke time sekolah dulu kan.

Back to the topic..
Buat perbandingan ye, hawa ni byk nafsunya, adam pulak nafsunya satu je. Tapi yang satu tulah yg susah nak kawal.
Kite semua pun tau kan sebaik-baik pemimpin ialah kaum adam tak kisah la namenya adam atau tak, yg penting dia kaum adam.

Saye antara org yang tak suke apabila ade golongan perempuan yang mempertikaikan kebolehan kepimpinan kaum adam ni. Ada yg kate

kenape perempuan tak boleh nak melebihi leleki?
kenape perempuan tak digalakkan jadi pemimpin?
kenape kami yang perempuan ni tak boleh mengetuai solat?
tak semestinya perempuan tak boleh bagus dari lelaki…
kenape talak tak dipegang oleh perempuan?

Jawapannya mudah kan, Kerana Kita Hawa Yang Penuh Nafsu. Sebab tu kite selalu dengar perkataan hawa nafsu tak de pulak dengar org sebut adam nafsu kan..kan.

Firman Allah Ta'ala bermaksud: Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka atas sebahgian yang lain dan kerana mereka menafkahkan sebahgian harta mereka. (Surah an-Nisa: Ayat 34). Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Tidak akan berjaya sesuatu kaum yang menyerahkan urusan mereka kepada wanita. (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Saye ni pun bukanlah alim dan baik sangat tapi JANGAN lihat pada org yang menyampaikan, tapi LIHATLAH PADA APA YANG DISAMPAIKAN ok.

Sebagai contoh, kalau kaum kite ni yg pegang talak (kaum hawa) mau tiap2 bulan kite bercerai emo tak tentu pasal,nafsu byk.. nafsu marah,nafsu itu nafsu ini.
Kalau nak memimpin pun boleh tapi dalam kalangan kita ni sajelah perempuan memimpin perempuan sebab perempuan lebih memahami kaum mereka kan.
Perempuan imamkan org perempuan sudahlah jgnlah nak sibuk2 jadi imam utk lelaki..manusia kat dunia sekarang ni suke terbalikkan bende yg dah tersedia elok Allah jadikan.

Sebab tu dalam mane2  kursus atau ape2 program yg saya ikuti, saye sgt menyokong apabila lelaki yg jd pemimpin. Tapi yg lelaki ni pulak kenelah betul2 jadi pemimpin awak tu dah ade kelebihan pimpinlah kami yg tak berape nak elok ni ke jalan yg elok, kalau dah tau kelemahan kami jgnlah nak ambil kesempatan pulak.Perempuan lebih sesuai menjadi pembantu pemimpin itu yang lebih tepat sebenarnya kan.

Tapi perempuan bukanlah lemah ape..cume tak sekuat lelaki je tapi semangat kami kuat. YEAAH! Mcm Sumayyah, tangan yg disangka lembut menghayun buaian menggongcang dunia menjadi sejarah.

Kesimpulannya, setiap manusia punya kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri. Hargailah dan gunakan kelebihan yg kita ada ini dgn sebaiknya dan berusahalah perbaiki kelemahan yang kita ada. Memang tiada manusia yg sempurna,tapi berusahalah kita utk mencari kesempurnaan tersebut.

Tiada manusia yang lengkap dan sempurna (hmmm same je maksudnye tu) tapi Allah itu Maha Berkuasa dan Maha Adil, Dia mengetahui fitrah dan kehendak setiap manusia. JODOH antara lelaki dan perempuanlah yang menyempurnakan dan membahagiakan lagi kehidupan mereka. Jodoh yang ditentukan akan melengkapi hidup manusia. Kita manusia biasa yang saling memerlukan antara satu sama lain.

(Hehe so, tunggulah siapa yang bakal melengkapi diri kita ni kan? haha adakah jodoh korang tu dgn pakwe/makwe yg dah bertahun2 korang berkasih sayang,tak semestinya kan..kan. Ape2 pun semoga kita bertemu dgn jodoh yang baik dan membawa kita ke arah kebaikan dunia+akhirat Amiin…)

No comments:

Post a Comment