Belajar Memberi Dan Menerima
Insan bertuah di bumi Allah,
Diberikan nafas untuk terus berjuang,
Manusia..lembutkanlah hatimu untuk menghargai,
Keindahan alam bukan hanya untuk dinikmati,
Kesedihan bukan sekadar untuk ditangisi
Manusia..
Belajarlah untuk menghayati,
Belajarlah untuk mengasihi.
Cubalah untuk mencintai setulus hati
Kepada Tuhanmu, alam dan manusia lain,
Usah membangga diri hanya kerana kau ada itu dan ini,
Manusia..
Manusia..
Diam sebentar dan cuba kau renung sejenak..
Sebenarnya apakah yang kau ada?
Harta yang kononya milikmu,
Rupa yang sering kau pamerkan,
Teman yang kau kata sentiasa di sisi,
Teman istimewa yang selalu kau puja dan puji,
Keluarga yang bahagia,
Hakikatnya apakah yang kau ada?
Bersyukurlah dengan apa yang kau ada,
Usah berbangga walau hanya seketika,
Semuanya hanya untuk menduga kita,
Walau apa pun yang kita ada,
Belajarlah untuk memberi dan menerima.
No comments:
Post a Comment