Monday, December 6, 2010

Salam 1 Muharam

Hari ni 7 Disember 2010 bersamaan dengan 1 Muharam 1431 h. Salam 1 Muharam dan 1 Malaysia..Semoga ma'al hijrah pada tahun ini akan lebih bermakna dan membawa perubahan yang baik dalam hidup kita. Sempena permulaan bulan Muharam pada tahun ini mari kita renung secara ringkas peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang bulan yang mulia ini.
1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.
Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

  • Nabi Adam bertaubat kepada Allah. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
  • Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan. 
  • Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud. 
  • Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  • Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara. 
  • Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah. 
  • Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  • Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  • Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
  • Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
  • Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar. 
  • Hari pertama Allah menciptakan alam. 
  • Hari Pertama Allah menurunkan rahmat. 
  • Hari pertama Allah menurunkan hujan. 
  • Allah menjadikan 'Arasy. 
  • Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  • Allah menjadikan alam. 
  • Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  • Nabi Isa diangkat ke langit.
Pada pagi awal bulan Muharam sempena Ma'al Hijrah ini saya telah mendapat kiriman sms dari roomate tersayang Puteri Semalu.Mesejnya berbunyi..
'di padang mashsyar kelak, kedua-dua kaki anak adam tidak akan berganjak menuju syurga atau neraka sebelum ditanya 4 perkara;
UMURNYA: Bagaimana umurnya dihabiskan
ILMUNYA: Apa yang dilakukan dengan ilmu yang ada pada dirinya.
HARTANYA: Dari mana diperoleh ke mana dibelanjakannya.
TUBUH BADANNYA:Bagaimana dia menggunakannya.-hr tirmizi
SALAM MA'AL HIJRAH 1432, SELASA, 7 DISEMBER 2010.
Semoga tahun baru ini lebih baik dari hari2 sebelumnya.Mohon doanya..

No comments:

Post a Comment