Puisi ciptaan diriku dan dimurnikan oleh mereka maka, terciptalah Semboyan Cinta Buat Palestin. Dicipta khas untuk dipersembahkan seamasa perasmian program Freedom of Gaza anjuran astro seterusnya puisi ini dipersembahkan semasa Malam Puisi Riong anjuran Berita Harian.
Team Zalfa Tiara ialah gabungan Paizal, Faza dan nama penaku Tiara Amira. Dibimbing oleh Puan Kamaliah Siraj. Semoga puisi ini memberi manfaat kepada semua pendengar dan pembaca.
Semboyan Cinta Buat Palestin
Nukilan : Zalfa Tiara
Padang gersang debu syahdu beterbangan
Langit biru menjadi saksi penderitaan ini
Daun-daun kering sama berteleku
Anak-anak kecil di dalam sendu
Wanita hilang tempat bergantung
Pemuda cekal menahan air mata
Yang akhirnya gugur dek Zionis
Biar pahit, perit dan sakit
Cekalnya mereka
Bersatu demi perjuangan ini
Buat saudaraku di sana,
Bukan aku tidak mahu mengutip kelongsong bersamamu
Bukan jua aku tidak mahu berjunub darah bersamamu
Sedangkan kepingan ini turut meronta merah ke bumi
hijau
Ku lihat tangisan anak kecil
Mataku bergenang akan seksa lahir batinnya
Ku lihat raungan para wanita
Hatiku terkoyak dan dicarik-carik
Ku lihat laungan para pemuda
Jiwaku kembali utuh di medan juang
Gaya perjuangan kita berbeza
Namun matlamatnya tetap sama
Gugurnya kalian dijanjikan syurga
Seusai lelah dan deritamu di dunia
Pasti, kau akan tenang di sana
Saat kami di sini diulit nikmat-nikmat dunia
Kalian tinggalakannya demi nikmat yang akan kekal
selamanya di sana
Di sebalik tanah gersang ini kelihatan pejuang serba
putih
Tangkas berperang menguji kekuatan iman
Api perjuangan tak pernah padam
Pewaris Nabi takkan pernah hilang
Bangkit menegakkan panji-panji
Mempertahankan saf-saf Islam
Hidup mati kerana Allah
Kanak-kanak di sebalik runtuhan bangunan
Dari matanya yang bergenang
Meratap sekujur tubuh yang kaku
Ayah, ibu..
Mengapa tidak membawaku sekali bersama
Penderitaan berabad lamanya
Kebiadapan Zionis Laknatullah
Penipuan syaitan bertopengkan manusia
Dunia membenci
Mereka tetap buta dan tuli
Bedilan peluru mencari para syuhada
Yang pasti, rakyat Gaza tetap tabah dan setia
Setia di bumi para anbia
Aturan Yang Maha Esa
Palestine sebegini rupa
Untuk membuka mata seluruh umat Muhammad di dunia
Bukan dugaan umat Islam Palestin semata-mata
Buktinya-dentuman ini,
Kesakitan ini,
Penderitaan ini,
Perjuangan ini,
Tanah ini,
Milik kita bersama
Dugaan buat kita semua
Persetankan hiburan dunia
Keselesaan yang melalaikan
Maksiat yang menjadi rencah dalam kehidupan
Kekotoran politik yang tidak berkesudahan,
Di mana kita akhirnya nanti..
Kami bersamamu Al-Aqsa tercinta
Menentang kezaliman Zionis Laknatullah
Palestin memanggilmu wahai umat Islam
Bangkitlah bersatu dengan nama tuhanmu
Apakah matlamatmu…Allah
Siapakah pemimpinmu…Ar-rasul
Apakah kitabmu…Al-quran
Apakah tujuanmu…Jihad fisabilillah
Takbir ALLAHUAKBAR
Mestamu
:
Tanpa dibela, hidup penuh sengsara
Mengharap sebuah erti kehidupan
Meronta-ronta hidup penuh kesakitan
Menagih kekuatan dari keikhlasan
Perjuangan ini ialah perjuangan yang suci
Langkah ini menuju langkah abadi
(Deklamasi duet)
Buatmu Palestin
Laungan cinta
ini berbunyi lagi
Meluah rasa kasih dan sayang
Bersama membebaskan bumi Palestin
Menyahut semboyan syurga Ilahi